Sunday, 17 November 2013

Karnival Voktek 2013

Tahun 2013 merupakan tahun yang agak sukar untuk pasukan bola jaring kv keningau..Ini kerana jurulatih telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Namun dengan semangat pasukan yang tinggi dan sokongan serta bantuan daripada Cikgu Farah, pasukan bola jaring 2013 berjaya juga dibentuk. Pasukan bola jaring 2013 diberi nama KvKen Spirit oleh Cikgu Azleen. Pasukan KvKen Spirit memulakan saingan di peringkat daerah dan hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Usaha tidak terhenti di situ sahaja kerana misi utama yang perlu diberi perhatian ialah karnival voktek peringkat negeri di KV Likas. Misi utama ialah untuk mempertahankan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut. Latihan demi latihan dijalankan untuk mengekalkan kejuaraan dan untuk melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Pelbagai onak duri yang perlu dilalui sebelum mengecapi kemenangan. Dengan semangat pasukan yang tinggi, akhirnya pasukan KvKen Spirit akhirnya berjaya menjuarai kejohanan bola jaring yang berlangsung di KV Likas.

Selepas memenangi kejohanan di peringkat negeri, misi diteruskan lagi untuk ke peringkat kebangsaan yang berlangsung di Selangor. Banyak latihan yang dijalankan termasuklah pelbagai siri perlawanan persahabatan dengan pasukan bola jaring Keningau II dan UMS. Latihan intensif juga diadakan bagi menguatkan stamina dan kemahiran KvKen Spirit.



Menara KL


Menara KL